suria

Kamal Adli tak simpan dendam, maafkan Uqasha Senrose dalam isu tarikh nikah

Kamal tak ambil hati mengenai hantaran Uqasha itu.

PELAKON Kamal Adli memilih untuk tidak memperbesarkan isu kekeliruan tarikh dan waktu pernikahannya dengan aktres Uqasha Senrose yang kini menjadi perhatian ramai.

Menurut peguam yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohammad Salleh, perkara tersebut bersifat peribadi dan membabitkan urusan keluarga yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup tanpa campur tangan pihak luar.

“Yang itu (isu tarikh nikah) saya tak mahu komen apa-apa sebab kami cuba selesaikan secara dalaman kerana ia membabitkan hal keluarga.

Kamal sudah selesaikan perkara itu secara dalaman. 

“Setakat ini, kami sudah menghantar surat penjelasan kepada pihak peguam Uqasha bagi menerangkan situasi sebenar.

“Kami juga tidak berhasrat untuk berkongsi lebih lanjut dan berharap perkara ini tidak lagi diperbesarkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata, dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah terhadap kenyataan dibuat isterinya dan memilih untuk memaafkan Uqasha.

“Itu isteri saya. Walaupun kami tak berjumpa, tapi sebagai suami saya maafkan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh akad berbeza dengan sijil nikah, Uqasha Senrose persoal perkahwinan dengan Kamal Adli sah atau tak?

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose mohon maaf… “Saya tidak patut bercakap tentang perkahwinan secara umum”

“Ada juga khilaf daripada pihak saya sebenarnya, jadi benda itu bukan salah dia semata-mata.

“Dia mungkin terkejut. Ada hal yang perlu kami selesaikan bersama keluarga. Jadi saya minta maaf sekali lagi kepada semua pihak,” ujarnya.

Prosiding perceraian pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa ditangguhkan ke 19 November depan.

Kamal masih menyayangi isterinya, Uqasha Senrose. 

Keputusan itu dibuat Hakim syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain