suria

Uqasha Senrose nekad teruskan cerai, enggan komen soal rumah tangga

Uqasha enggan mengulas mengenai rumah tangganya.

PELAKON Uqasha Senrose kekal dengan pendirian untuk meneruskan prosiding perceraian terhadap suaminya yang juga aktor Kamal Adli.

Menurut peguam syarie yang baru dilantik mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, anak guamnya berhasrat untuk memberi ruang kepada proses mahkamah berjalan seperti biasa sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Setakat ini, kita nak teruskan dulu prosiding ini dan lihat bagaimana perkembangannya nanti.

“Kalau ada kebaikan, saya harap masyarakat dan netizen dapat sama-sama doakan.

Uqasha masih berhasrat meneruskan prosiding perceraian itu. 

“Tiada siapa yang berkahwin dengan niat untuk bercerai, jadi moga ada kebaikan yang boleh kita cari dalam kes ini,” katanya kepada mStar.

Muhammad Syazmee berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sementara itu, Uqasha ketika ditemui enggan mengulas lanjut sama ada mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Kamal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli sebak di mahkamah, merayu netizen henti kecam Uqasha… “Saya letak semua salah pada diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Peguam Uqasha tarik diri” - Hakim beri amaran, kes cerai dengan Kamal Adli ditangguh

“Apa-apa pun, terima kasih untuk soalan itu. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya,” ujarnya ringkas.

Dalam masa sama, Muhammad Syazmee turut menzahirkan harapan agar kedua-dua pihak diberikan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Kita doakanlah yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Moga ada sinar kebaikan, sama ada ke arah perdamaian atau apa jua keputusan selepas ini. Kita tunggu prosiding seterusnya,” jelasnya.

Uqasha menfailkan cerai terhadap kamal pada 1 Oktober. 

Untuk rekod, prosiding perceraian antara pasangan selebriti itu ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain