PELAKON Kamal Adli mengakui kemelut rumah tangganya dengan aktres Uqasha Senrose memberi kesan besar terhadap emosi hingga membuatkannya sebak ketika berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Selasa.
Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata, apa yang berlaku bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi dan dia tidak tenang sepanjang prosiding dijalankan.
Tambahnya, kehadiran ke mahkamah bukan untuk mencari salah sesiapa, tetapi hadir dengan niat untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama Uqasha.
“Tak tahulah… benda ni betul-betul bagi impak pada perasaan saya sekarang ini bila ada kat bilik itu tadi. Saya rasa tak ‘best’ langsung.

Kamal ketika ditemui pengamal media di perkarangan mahkamah.
“Saya nak bagi tahu yang saya di sini sebab saya nak selamatkan rumah tangga. Saya sayangkan isteri dan anak saya sangat-sangat. Saya tak nak apa-apa jadi sebenarnya.
“Apa yang berlaku hari ini, kenapa saya ada kat sini, saya letak semua ni atas salah saya sendiri,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Kamal merayu kepada orang ramai supaya tidak menulis atau meninggalkan komen negatif terhadap Uqasha, sebaliknya mengalihkan segala kecaman kepada dirinya.
Malah Kamal berharap agar netizen hanya menyebarkan perkara positif tentang isterinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: “Peguam Uqasha tarik diri” - Hakim beri amaran, kes cerai dengan Kamal Adli ditangguh
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tak seronok langsung sampai ke sini” - Kamal Adli gementar hadir kes cerai, dedah kena ‘block’ dengan Uqasha Senrose
“Saya mohon sangat pada semua orang, tolong jangan tulis apa-apa yang tak elok pada isteri saya.
“Dia penat kerja, stres dan saya faham benda itu. Terlalu berat sebenarnya untuk dia dan saya nak hadap semua ini. Kalau nak kutuk, kutuk saya je. Jangan beri tekanan pada dia. Tolong ya.
“Kalau nak tulis dekat media sosial pun, tulislah yang manis-manis saja. Jangan tambah tekanan pada dia. Saya mohon sangat,” ujarnya.
Aktor itu turut memohon maaf kepada isterinya serta keluarga mentua atas segala kesilapan yang berlaku dalam hubungan mereka.

Uqasha menfailkan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Kes perceraian membabitkan pasangan ini ditangguhkan ke 19 November depan selepas Uqasha tidak diwakili peguam.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


