KES perceraian antara pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa terpaksa ditangguhkan susulan ketiadaan wakil peguam bagi pihak aktres itu.
Menurut peguam syarie mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohammad Salleh, prosiding hari ini hanya berlangsung sebelah pihak selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada kes tersebut.
“Hari ini kita dikejutkan dengan situasi peguam wakili Uqasha sebelum ini tarik diri.

Kamal mengaku masih mahu menyelamatkan rumah tangganya.
“Sepatutnya ada peguam baharu yang hadir, tapi tadi tiada. Jadi hanya sebelah pihak sahaja,” katanya kepada mStar.
Abdul Hadi berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding selesai.
Jelas Abdul Hadi, mahkamah memberi peluang dan amaran kepada pihak Uqasha untuk hadir semula bersama peguam bagi meneruskan prosiding akan datang.
“Hakim bagi peluang dengan amaran untuk Uqasha datang sekali lagi dengan peguam bagi teruskan kes ataupun tidak,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak seronok langsung sampai ke sini” - Kamal Adli gementar hadir kes cerai, dedah kena ‘block’ dengan Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”
Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes.
Difahamkan, kes tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian dengan alasan tiada persefahaman antara suami isteri.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober, sebelum disambung semula pada pagi Selasa.

Uqasha fail cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


