suria

Kuala Lumpur di ‘ranking’ kedua dalam senarai 10 destinasi paling ‘trending’ dunia

Osaka (kanan) dan Kuala Lumpur masing-masing disenaraikan di kedudukan pertama dan kedua bandar pilihan pelancong.

TRIPADVISOR telah mengumumkan senarai 'Travelers’ Choice: Best of the Best – Trending Destinations 2025', yang menyenaraikan destinasi dengan pertumbuhan minat tertinggi berdasarkan ulasan pelancong dari 1 Oktober 2023 hingga 30 September 2024.

Senarai ini mencerminkan lokasi yang semakin mendapat perhatian dunia dan dijangka menjadi tumpuan utama pelancongan pada 2025.

Paling menarik, Kuala Lumpur juga tersenarai di kedudukan kedua destinasi 'trending' mengatasi beberapa bandar besar lain seperti Seoul, Korea Selatan dan Auckland, New Zealand.

Buenos Aires (kanan) dan Auckland turut tersenarai dalam 10 destinasi trending dunia 2025.

10 destinasi trending dunia 2025

1. Osaka, Jepun

 - Dikenali sebagai 'dapur negara' kerana tarikan utamanya ialah makanan jalanan, hiburan malam serta akses mudah ke tapak UNESCO.

2. Kuala Lumpur, Malaysia

 - Memikat dengan panorama bandar moden, kepelbagaian budaya dan populariti yang semakin meningkat.

3. Buenos Aires, Argentina

 - Kota penuh energi dengan tarian tango, seni bina klasik dan suasana tempatan yang unik.

4. Manama, Bahrain 

- Menjadi bintang baharu di Asia Barat dengan lonjakan ulasan daripada pelancong global.

5. Lima, Peru

 - Kaya dengan sejarah, warisan kolonial dan terkenal sebagai destinasi gastronomi.

6. Medellín, Colombia

 - Kini sinonim dengan seni jalanan, kreativiti dan transformasi bandar moden.

7. Auckland, New Zealand

 - Menggabungkan pesona kota sofistikated dengan keindahan alam semula jadi.

8. Kyoto, Jepun

 - Pusat tradisi Jepun klasik yang terkenal dengan kuil bersejarah dan seni budaya.

9. Seoul, Korea Selatan

 - Destinasi popular pengaruh K-pop dan K-drama, di samping tarikan kulinari jalanan.

10. Casablanca, Maghribi

 - Kota kosmopolitan dengan seni bina Islam, sejarah serta pencairan budaya yang mempesona.

Menurut Tripadvisor, senarai ini dipilih berdasarkan pertumbuhan tahun ke tahun dalam penilaian dan ulasan pelancong, sekali gus menjadi cerminan destinasi yang bakal mendominasi peta pelancongan dunia pada 2025.

 

Artikel Lain