suria

Penginapan selesa, kanak-kanak paling gembira! Puas hati 'staycation' di hotel ala resort di Putrajaya

Pengalaman manis menginap di Putrajaya Marriott Hotel.

'STAYCATION' pada masa kini sudah menjadi 'trend' sama ada bagi mereka yang berkeluarga atau masih bujang.

Ramai semakin sukakan aktiviti ini kerana ia dianggap salah satu cara ‘healing’ paling mudah. Itinerari tak padat, cuti pula singkat dan tak perlu pun 'travel' ke lokasi jauh.

Bagi mereka yang tinggal atau merancang berkunjung ke Kuala Lumpur mahu pun Selangor, Putrajaya Marriott Hotel adalah satu destinasi penginapan yang boleh dipertimbangkan.

Kedudukan hotel ini yang strategik serta kemudahan ditawarkan sesuai untuk percutian keluarga atau urusan kerja.

Walau terletak di kawasan bandar, sebaik melangkah masuk ke lobi hotel ‘mood’ percutian terus terasa, bagai bercuti di sebuah resort mewah jauh dari kesibukan kota.

Bukan sahaja sesuai untuk 'staycation', hotel bertaraf lima bintang ini juga amat sesuai untuk urusan perniagaan, mesyuarat, persidangan serta sebarang acara kecil atau besar.

Seni bina elegan, ala resort mewah

Menginap di sini pasti mengujakan kerana hotel ini baru selesai menjalani proses pengubahsuaian secara besar-besaran bermula dari lobi, bilik penginapan dan fasiliti lain yang direka semula bagi mengikut 'trend' serta memenuhi kehendak pengunjung masa kini.

Menggabungkan tema keanggunan moden dan pesona tempatan, ruang utama hotel tersergam indah dengan dua buah lobi diediakan bagi memudahkan urusan 'check-in' pengunjung secara individu, berkeluarga atau berkumpulan.

Lobi 'vibes' mewah dan bersaiz besar dengan siling tinggi pula ibarat ruang tamu pengunjung, dipenuhi sofa empuk untuk duduk bersantai, juga sesuai untuk urusan kerja seperti perbincangan atau mesyuarat ringkas.

Lobi yang luas dan mewah ibarat ruang tamu buat pengunjung.

Paling melekat dalam memori apabila menginap di sini tentulah tangga ikonik yang gah, menghubungkan lobi dengan tingkat bawah.

Kalau menginap di Putrajaya Marriott Hotel, jangan lupa bergambar di tangga ikonik ini.

Bayangkan anda berada di ruang lobi ini untuk 'me time', bersama ahli keluarga atau teman-teman sambil diiringi alunan muzik lembut dan ringan, pasti menenangkan jiwa.

Anak-anak juga boleh bebas bermain atau melakukan aktiviti santai di 'ruang tamu' bersaiz mega ini.

Lokasi strategik

Satu lagi keistimewaan destinasi ini adalah lokasinya yang strategik, terletak tidak jauh dari Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), pusat bandar Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan.

Jika malas untuk memandu keluar, berkunjung ke pusat beli belah IOI City Mall yang terletak bersebelahan hotel sudah cukup untuk membuatkan anda gembira kerana di sana juga terdapat begitu banyak tarikan.

Habiskan saja masa di gedung itu kerana selain 'shopping' banyak aktiviti lain boleh dibuat seperti menonton wayang, karaoke atau bermain ice-skating di Icescape Ice Rink yang terbesar di Malaysia.

Banyak tarikan terdapat di IOI City Mall yang terletak bersebelahan hotel. -Foto IOI City Mall

Di sini juga terdapat IOI City Farm di mana kanak-kanak berpeluang memberi makan haiwan-haiwan comel, serta District 21 untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar.

Bagi 'kaki makan', pusat beli belah ini menawarkan pelbagai restoran dan kafe, cuma tepuk dada tanya selera! Nak kopi-kopi pun boleh.

Jangan pening fikir tentang 'parking' kerana pihak hotel ada menyediakan kemudahan 'shuttle' percuma bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, yang mana anda akan dihantar terus di depan pintu pusat beli belah.

Keriangan di kolam renang, taman tema air mini

Keseronokan dan keriangan menginap di sini bagai tiada penghujung untuk kanak-kanak apabila mereka berada di kolam renang.

Turut ditambah baik dan diubah suai dengan satu taman tema air mini dibina, kanak-kanak bebas mandi manda atau bermain air di sini.

Di sini terdapat kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Penat aktiviti di kolam, si kecil boleh dibawa ke ruang bermain dan melakukan aktiviti pembelajaran secara santai juga menghiburkan.

Kolam renang untuk orang dewasa turut disediakan selain laluan berbasikal dan pejalan kaki bersuasana redup dikelilingi pokok serta pemandangan hijau.

Bagi kaki gim dan mereka yang gemar memanjakan diri di spa, kemudahan ini turut disediakan.

Pengalaman makan

Di sini, makan sememangnya tidak menjadi masalah kerana terdapat lima pilihan restoran atau kafe disediakan untuk tetamu.

Paling penting, hidangan tempatan dan antarabangsa yang akan terhidang di meja anda disediakan oleh cef berpengalaman.

Zest Restaurant yang luas dengan suasana mendamaikan sedia menerima kunjungan tetamu sepanjang hari malah sesuai juga untuk juga kumpulan kecil yang inginkan privasi.

Hidangan bufet di Midori Japanese Restaurant.

Summer Palace (masakan Cina) dan Midori Japanese Restaurant (masakan Jepun) pula menawarkan satu pengalaman unik kulinari manakala D'Oracle dan lobby Louge menawarkan hidangan ringan dalam suasana lebih relaks.

Penginapan selesa

Tidak kira anda hadir untuk bekerja, bercuti dengan keluarga atau pasangan, setiap bilik yang ditempah pasti menjanjkan keselesaan.

Anda boleh memilik bilik jenis 'Deluxe King dan Twin', 'Excecutive Deluxe' dengan akses lounge, suite mewah dengan pilihan 'Junior Suite', 'Executive Suite' dan 'Palace Suite'.

Dekorasi dengan tema moden dan tradisional berelemenkan songket cukup menawan hati di samping katil empuk dan bilik mandi yang luas serta bersih.

Menginap di bilik bersih dan selesa, lengkap dengan ruang bekerja antara kriteria penting bagi tetamu hotel.

Ruang kerja dengan meja dan sofa juga selesa dengan setiap bilik dilengkapi Wi-Fi berkelajuan tinggi, peti ais mini dan mesin kopi serta teh.

Bagi yang datang berkeluarga atau berkumpulan serta inginkan privasi, Villa 101 yang mempunyai tiga bilik tidur adalah pilihan tepat.

Villa mewah ini juga dilengkapi kolam renangnya sendiri menghadap pemandangan Central Park bagi membolehkan anda menikmati pemandangan tasik.

Artikel Lain