MEREKA yang gemar melancong, pasti berasa teruja apabila bertemu rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di luar negara.
Bagaimanapun, tidak dinafikan segelintir daripada mereka bersikap sombong apabila ditegur pelancong dari Malaysia.
Berkongsi pengalaman sendiri, seorang wanita yang tinggal di Melbourne, Australia mendedahkan punca dia enggan bertegur sapa dengan rakyat Malaysia yang melancong ke sana.
"Selama ni aku tak faham kenapa orang-orang Malaysia yang duduk luar negara ni harus sombong pada rakyat Malaysia sendiri.
Melbourne merupakan destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan
"Apabila kena batang hidung sendiri, barulah aku faham," ujarnya.
Menerusi perkongsiannya, dia mendedahkan salah satu sebab kenapa ramai yang bersikap sombong dengan pelancong meskipun berasal dari negara yang sama.
Dia yang enggan identiti didedahkan berkata, segalanya bermula apabila adiknya menyatakan hasrat untuk ke Melbourne bersama rakan yang turut ditemani keluarga.
Namun malangnya, hanya visa rakan kepada adik dan keluarganya sahaja yang lulus.
"Adik aku gagal dapat visa, aku tak kenal pun kawan adik apa lagi keluarganya, tapi banyak kali berbual dalam telefon sebab dia nak tahu hal-hal di Melbourne.
ARTIKEL BERKAITAN: Satu bas ‘gigit jari’, bagasi 30 pelancong dirompak di Itali... Jadikan iktibar, ini 10 tip elak jadi mangsa curi di luar negara
ARTIKEL BERKAITAN: Travel dengan agensi, satu famili 'selfish' enggan ikut itinerari tahu nak 'shopping' je! Siap hasut orang lain
"Dua hari sebelum sampai, sunyi sepi, tak bagitahu pun tarikh sampai... tup tup hubungi aku dari airport dan tanya sama ada mereka boleh tidur di rumah aku atau tidak.
"Aku pun kata datang saja, selama tiga hari dua malam mereka tidur di rumah aku, aku dapat migrain kerana stres," dia menceritakan situasi yang berlaku.
Menurut wanita ini, keluarga rakan adiknya mempunyai seorang anak autisme yang berusia empat tahun dan bayi berusia 12 bulan.
"Anak autisme buka tutup setiap pintu kabinet rumah aku tak berhenti-henti dan tak tidur sampai pukul 5 pagi.
- Wanita di Melbourne kongsi pengalaman pahit terima tetamu dari Malaysia.
- Keluarga rakan adik tiba-tiba minta menumpang rumah.
- Anak-anak tetamu ganggu hingga wanita itu alami migrain.
- Rumah ditinggalkan kotor, tiada ucapan terima kasih.
- Wanita nekad tak benarkan lagi orang Malaysia menumpang.
"Ibunya buat tak tahu dan asyik kendung anak kecil macam baru berusia enam bulan.
"Aku tak boleh tidur sebab bising, dah la kena bangun awal pagi solat dan buat sarapan untuk mereka," imbaunya lagi.
Lebih menambah rasa geram apabila bapa rakan adiknya menjadikan kediamannya seperti hotel termasuk menjemput individu asing untuk datang berkunjung.
Wanita ini juga mendakwa keluarga rakan adiknya sebagai tidak beradab kerana menjadikan kediamannya seperti hak milik sendiri.
Persembahan jalanan antara yang popular di sepanjang Southbank dan laluan pejalan kaki Yarra di Melbourne.
"Bukan tak ada duit, baru saja dia jual rumah di Malaysia sebab nak duduk dan kerja di Melbourne.
"Setelah dia beli kereta dan bertolak ke tempat yang dia nak cari kerja, sepatah pun ahli keluarganya tak ucap terima kasih. Masuk rumah aku macam masuk hotel, keluar macam penyamun.
"Setelah keluar, aku kemas rumah, sampah bawah katil dengan coklat dari tangan anak dilap pada dinding dan contengan pensil," tambahnya yang turut dimarahi suami kerana membenarkan orang asing menumpang di rumah mereka.
Pemandangan panorama di Melbourne.
Menurut pengadu ini, apa yang mengejutkan adalah keluarga terbabit ada meluahkan hasrat untuk menumpang tidur sekali lagi meskipun rumahnya ditinggalkan dalam keadaan yang tidak sewajarnya.
Situasi yang berlaku itu membuatkan dia nekad tidak akan sesekali mempelawa orang Malaysia untuk tinggal di rumahnya melainkan kawan-kawan atau adik beradik.
"Sekarang ni jangan kata kami yang duduk luar negara sombong, jangan ambil kesempatan atas kebaikan kami.
"Kalau nak bercuti di luar negara, sediakan duit untuk bayar segala kemudahan, jangan pergunakan kami," tegasnya.