suria

Teruja nak melancong ke China? Ambil tahu dulu peraturan baharu bawa powerbank

Peraturan baharu China hanya membenarkan powerbank berlogo CCC diguna pakai.

SETIAP negara mempunyai peraturan dan sistem perundangan tersendiri yang dibentuk berdasarkan budaya, agama dan cara hidup demi menjaga keharmonian serta keselamatan masyarakatnya.

Sebagai pelawat, kita perlu menghormati peraturan yang ditetapkan walaupun ia berbeza dengan perkara yang biasa dilakukan di negara sendiri.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik akaun Yana Travelog berkongsi pengalaman tentang peraturan baharu yang ditetapkan mengenai penggunaan powerbank di Shanghai, China.

Berkongsi cerita, dia yang popular dengan video pengembaraan di beberapa negara berkata, peraturan tersebut berkuat kuasa pada 28 Jun 2025 manakala perjalanannya adalah pada 2 Julai 2025.

Insiden powerbank meletup dan terbakar yang membahayakan nyawa penggunanya bukanlah perkara baharu.

Insiden powerbank meletup dan terbakar yang membahayakan nyawa penggunanya bukanlah perkara baharu. 

"Yana pergi Shanghai pada 2 Julai, masa tu reda je jika powerbank lama kena rampas sebab tak sempat cari.

"Tapi Alhamdulillah tak kena rampas sebab penerbangan Yana adalah secara terus.

"Balik dari Shanghai, Yana ada trip ke Yunnan pada 9 Julai, ambil penerbangan yang transit di Xiamen... jadi terpaksalah beli powerbank baharu," ujarnya.

Katanya, apabila melancong ke China, mereka yang melalui laluan domestik pasti akan melihat tong sampah untuk membuang alat pengecas peranti tanpa logo CCC.

Powerbank baharu yang dibeli Yana mempunyai logo CCC.

Powerbank baharu yang dibeli Yana mempunyai logo CCC.

Menurut Yana, peraturan baharu itu mewajibkan setiap powerbank mempunyai sijil pengesahan CCC atau China Compulsory Certification.

Malah setiap alat pengecas peranti yang dijual di China perlulah mempunyai logo CCC sama ada buatan tempatan mahupun diimport.

Untuk makluman, peraturan baharu itu dikuatkuasakan bagi memperluaskan tahap keselamatan produk dan perlindungan pengguna yang mana hanya powerbank yang telah diuji dibenarkan berada di pasaran.

Tambahan pula, terdapat peningkatan dalam insiden alatan tersebut terbakar, panas dan bateri meletup.

Artikel Lain