suria

Pukul 3 pagi pintu bilik diketuk, gadis ‘check-in’ hotel seorang diri diserbu penguatkuasa agama dan polis

Kuala Lumpur adalah tumpuan utama pelancong kerana ia menawarkan pelbagai tarikan. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang gemar mengembara seorang diri tidak kira di dalam mahupun luar negara, elemen penginapan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.

Maka tidak hairanlah apabila sesetengah negara menjadikan lokasi penempatan sebagai salah satu peraturan untuk melepasi pintu sempadan mereka.

Bagi seorang pelayar Thread, pengalaman menginap di salah sebuah hotel di ibu negara memberi pengalaman pahit padanya.

Berkongsi cerita, wanita yang enggan identitinya didedahkan berkata, kejadian berlaku semasa dia mendaftar masuk di sebuah hotel di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

"Aku daftar masuk seorang diri dekat sebuah hotel ni, masa tu pelayan tetamu tanya sama ada aku daftar masuk seorang diri atau sebaliknya.

"Tiba-tiba pukul 3 pagi, (pintu bilik) kena ketuk... diserbu sebab polis dan jabatan agama Islam ingat aku buat perkara tidak senonoh," luahnya geram.

Paling tidak dapat dilupakan adalah kesemua kakitangan yang terlibat dalam serbuan tersebut adalah lelaki.

Menurut wanita ini, hotel yang diduduki ketika itu bukanlah jenis bajet sebaliknya bertaraf empat bintang.

"Masa tu aku pergi Bukit Bintang, jadi dah tengah malam, aku pun tempah hotel yang terdekat," tambahnya yang kecewa dengan sikap pihak terlibat.

Chow Kit antara lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negaa.

Chow Kit antara lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Di ruangan komen, ramai memintanya supaya sentiasa berhati-hati dan kemungkinan individu yang melaporkannya kepada pihak berkuasa adalah pelayan tetamu hotel terbabit.

Ini antara tip penting apabila anda mendaftar masuk ke hotel seperti dikongsikan myhalalxplorer.

1. Letakkan gelas kaca pada tombol pintu

Ini sangat berguna jika ada penceroboh memasuki bilik, gelas kaca tersebut akan jatuh dan pecah seterusnya menghasilkan bunyi yang membuatkan anda sedar kejadian yang berlaku di pintu.

Kemungkinan penceroboh juga akan mula panik disebabkan gelas yang pecah dan bertindak melarikan diri.

2. Pastikan jari tidak bertemu di cermin

Kebiasaannya akan ada cermin besar di dalam bilik hotel. 

Letakkan jari anda di cermin tersebut. Sekiranya jari anda bertemu, kemungkinan besar bahawa itu bukanlah cermin sebenar.

3. Perhatikan jika ada lampu merah

Tutup kesemua lampu kemudian buka kamera di telefon dan perhatikan satu bilik. 

Jika ada lampu kelip-kelip berwarna merah, ia adalah spy cam.

Artikel Lain