BANDAR Kuantan akan dihidupkan dengan gema muzik, budaya dan keunikan cita rasa apabila Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025 memulakan jelajah pertamanya di Pahang, bulan ini.
Acara tiga hari yang berlangsung dari 19 hingga 21 September di Kuantan City Mall, bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari itu akan menampilkan gabungan persembahan, pameran kebudayaan dan pengalaman pelancongan yang meraikan kepelbagaian Malaysia.
Menerusi tagline 'Teroka. Pengalaman. Teruja', karnival ini mengajak rakyat Malaysia untuk merasai semula keajaiban negara dengan cara yang segar dan menarik.
Dianjurkan bersama Tourism Malaysia dan Star Media Group (SMG), karnival itu adalah sebahagian daripada jerayawara di seluruh negara yang bertujuan menghidupkan semula pelancongan domestik dan menyokong usahawan tempatan menjelang Melawat Malaysia 2026.
Pahang yang terkenal dengan keindahan pantai, kehijauan hutan dan kaya dengan tradisi akan menjadi pentas pembuka tirai bagi perjalanan menjelajah ke enam negeri.
Antara tarikan utama siri jelajah kali ini ialah persembahan tarian kebudayaan yang mencerminkan warisan unik negara, serta penampilan bakat popular termasuk Amad Dayyan, Farez Adnan, Azizi Ahmad dan Farhan Mustapha, di samping ramai lagi artis dan pempengaruh tempatan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt (dua kiri) melancarkan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Menara Star pada 22 Ogos lalu.
Kehadiran mereka akan menambah kemeriahan dan keterujaan pada acara itu selain menjadikan hujung minggu lebih bermakna untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
Bukan sekadar pameran, pengunjung juga berpeluang menerokai pelbagai gerai pelancongan, hasil kraftangan dan pameran makanan yang mewakili destinasi di seluruh Malaysia.
Ia termasuk khemah pameran khas yang menyerlahkan eko-pelancongan, kraf warisan dan tradisi masakan dari pelbagai negeri.
Daripada persembahan kebudayaan dan pengalaman pengembaraan kepada produk tempatan dan aktiviti interaktif, semuanya digabungkan di bawah satu bumbung.
Bagi menggalakkan perancangan percutian, pengunjung boleh mendapatkan promosi eksklusif, jualan kilat dan tawaran perjalanan masa terhad yang ditawarkan oleh pengendali aktiviti pelancongan.
Sama ada percutian keluarga, percutian romantis mahupun perjalanan hujung minggu, karnival ini menyediakan platform sehenti untuk mendapatkan pakej mampu milik dan destinasi menarik yang tersembunyi.
Lebih menambahkan keterujaan ialah pemberian hadiah harian dan cabutan bertuah yang bernilai RM5,000.
Sebagai hentian pertama dalam siri jelajah ini, Pahang membuka laluan bagi perjalanan karnival ke seluruh negara.
Jelajah bermula di Kuantan City Mall pada 19 September nanti.
Lokasi Kuantan yang strategik menjadikannya mudah diakses oleh pelawat dari negeri jiran seperti Terengganu dan Kelantan, sekali gus menjanjikan kehadiran pelbagai pengunjung tempatan serta pelancong dari Pantai Timur.
Dengan enam negeri lagi yang bakal menyusul, Pahang menjadi lokasi permulaan kepada sambutan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh Malaysia, meraikan budaya, persembahan dan pameran pelancongan kepada masyarakat.
Pengalaman karnival ini juga melangkaui aspek pelancongan dan makanan.
Keluarga boleh menikmati zon interaktif, aktiviti kanak-kanak dan pertunjukan pentas, manakala pengguna media sosial berpeluang untuk bergambar dengan artis kegemaran mereka dan menonton persembahan kebudayaan.
Penglibatan usahawan tempatan dan perniagaan kecil dapat memastikan karnival itu menjana ekonomi yang positif dengan memberi mereka peluang untuk mempamerkan produk kepada khalayak.
Hasil kraf tangan dan promosi pakej pelancongan turut ditawarkan.
Penganjur menjangkakan ribuan pengunjung akan membanjiri Kuantan sebelum karnival meneruskan perjalanan ke Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.
Secara keseluruhan, enam acara itu dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung di seluruh negara sekali gus mengukukuhkan pelancongan domestik sebagai tunjang industri.
Bagi penduduk di Kuantan dan mereka yang datang dari lokasi berhampiran, ini adalah peluang untuk menghidupkan hujung minggu dengan hiburan, persembahan budaya dan kepelbagaian juadah enak.
Sama ada menikmati muzik secara langsung, merasai hidangan tradisional, merancang percutian seterusnya atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia menjanjikan sesuatu untuk semua.
Jadi tandakan kalendar anda dan jangan lepaskan peluang ke Kuantan City Mall dari 19 hingga 21 September ini.
Menjanjikan acara kebudayaan, persembahan artis popular dan pelbagai aktiviti menarik tentang rakyat Malaysia, karnival ini mengajak anda untuk Explore. Experience. Excite.