suria

Wanita dedah taktik halus scammer warga asing di KLIA... Tak minta duit tapi mangsa ‘auto’ hulur konon nak jadi ‘hero’

Pengembara diingatkan supaya berhati-hati jika didekati individu yang tidak dikenali dan meminta pertolongan di lapangan terbang. -Gambar hiasan

BUKAN berlagak sombong atau bersangka buruk, tetapi orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di lapangan terbang, terutamanya apabila didekati individu tidak dikenali yang meminta pertolongan.

Tidak mustahil untuk anda menjadi mangsa penipuan lebih-lebih lagi dengan pelbagai perkongsian pengalaman oleh pengembara di laman sosial.

Di laman Threads, seorang wanita menggunakan akaun @hiracoon berkongsi pengalaman yang agak mencurigakan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Thailand ‘disidai’ polis Indonesia, kes hilang telefon bimbit dipandang remeh... Lepas viral terus dapat layanan VIP

Menurutnya, sebaik sahaja dia dan ibunya tiba di KLIA, mereka didatangi seorang wanita warga asing yang mendakwa berasal dari Indonesia.

Individu itu memberitahu dia 'tersangkut' di lapangan terbang selama tiga hari, selepas individu lain yang sepatutnya menjemputnya 'menghilangkan diri'.

Homeless people sleep inside the Jorge Newbery International Airport in Buenos Aires on April 14, 2023. - Argentina suffers from one of the highest inflation rates in the world. According to official data, poverty reaches 39.2% of the population. During March 2023, inflation marked 7.7% and 104.3 in the last twelve months. (Photo by Luis ROBAYO / AFP)Segelintir pengembara menjadikan lapangan terbang sebagai 'hotel sementara' kerana tiada wang atau mahu berjimat. -Gambar hiasan

"Dia tak minta duit atau apa, tapi cuma tanya jauh tak Larkin. Apabila kami jawab 'iya', dia kemudian mula cerita bagaimana dia kena scam dan bertanya macam mana nak ke Larkin.

"Kami beritahu boleh naik bas, tapi kena ambil KLIA Express dulu. Tapi dia nampak macam tak tahu langsung nak buat apa. Saya cakap pada mak, hulur je sikit, itu saja yang kami mampu bantu," kongsinya.

Ketika dia bertanya kepada individu berkenaan sama ada sudah membuat laporan polis atau sebaliknya, namun jawapan yang diberikan benar-benar mengundang rasa curiga.

"Katanya dah report tapi tak boleh buat apa. Saya rasa pelik juga, sebab takkanlah tiga hari duduk di airport, tak call keluarga atau minta tolong sesiapa," tambahnya lagi.

Disebabkan ibunya cepat berasa kasihan, mereka menghulurkan sekeping not RM50 dan membantu individu tersebut memeriksa tiket bas untuk ke Larkin dari Putrajaya. 

"Apabila kami nak bantu beli tiket KLIA Express pula, dia tiba-tiba cakap nak beli air dulu, lepas tu macam tangguh-tangguh nak masuk ke pintu stesen.

"Abang saya yang kebetulan dah sampai untuk jemput, suruh juga perempuan tu terus masuk ke dalam pagar dan beli minuman bila dah sampai Putrajaya nanti," kongsinya lagi.

Biarpun tidak pasti sama ada situasi tersebut merupakan taktik penipuan atau sebaliknya, tetapi pengalaman tersebut cukup untuk dijadikan peringatan kepada orang ramai agar lebih waspada.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Di ruangan komen pula, majoriti warga maya berpendapat situasi yang dilalui wanita berkenaan ternyata taktik scammer berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui mereka sebelum ini.

"Aku macam pernah kena ni dulu, tanya nak pergi Larkin. Dia scam tapi cara halus. Dia tak minta duit, tapi kau akan rasa nak jadi hero dan akan bagi duit sikit untuk bantu.

"KLIA dah banyak scammer. Termasuklah pakcik tua buat cerita kesian anak tak nak ambil.

"Dekat KLIA memang ramai yang meminta sedekah dengan cara bercerita sedih. Sanggup duduk lama di airport jaja cerita kepada ramai orang, boleh dapat puluhan ringgit sehari kot?

"Saya kerja dalam KLIA di kedua-dua terminal. Abaikan saja benda-benda macam ni. 90 peratus adalah scam. Biar Malaysia Airport yang handle. Kita jangan kesian dekat orang," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain