AYAM goreng merupakan makanan kegemaran ramai terutama kanak-kanak.Namun masih ramai ibu-ibu tidak dapat menghasilkannya seperti yang disediakan peniaga ayam rangup. Bagi anda yang masih mencari-cari resipi ayam goreng rangup seperti dijual di restoran, bolehlah mencuba resipi seperti dikongsikan Rizal Kitchen di Facebook.Bukan sahaja mudah, ayam juga lebih rangup dan sedap.Kunyit tidak digunakan dalam resipi ayam goreng rangup ini.Bahan-bahan: 2 ekor ayam1/2 sudu besar garam1/2 sudu besar perasa2 sudu kecil pewarna merah3 sudu kecil pewarna kuning2 biji telur1 cawan tepung jagung1 cawan tepung bestariCara penyediaan:1. Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan garam dan perasa.2. Masukkan pewarna merah dan kuning, gaul sebati. 3. Kemudian masukkan dua biji telur dan lumurkan pada keseluruhan ayam (bersamaan dua ekor ayam)4. Tambahkan tepung jagung dan tepung bestari, gaul sebati.5. Akhir sekali, masukkan satu senduk tepung bestari dan salutkan pada ayam.6. Panaskan minyak terlebih dahulu sebelum masukkan potongan ayam tadi.7. Angkat apabila ayam sudah timbul di permukaan minyak.Tip: Goreng dalam minyak yang banyak dan api besar.Tidak perlu letak kunyit kerana pewarna dapat naikkan warna ayam goreng.