SAMBAL belacan merupakan menu wajib apabila anda menikmati hidangan tengah hari.Memang bertambah menyelerakan apabila rasa pedas, masam dan manis sebati dalam pinggan. Ada yang beranggapan sambal belacan mudah disediakan, namun mendapatkan rasa yang padu memerlukan sukatan serta campuran bahan yang betul.Anda yang ingin menghasilkan sambal belacan sedap versi kedai tomyam, boleh mencuba resipi yang dikongsikan cef Rizal di Facebook Rizal Kitchen.Bukan sahaja boleh disimpan lama di dalam peti, sesiapa yang makan akan rasa ketagih untuk menikmatinya sekali lagi.Kesemua bahan dimasukkan ke dalam pengisar.Bahan-bahan1. 1 labu bawang putih2. 3 biji bawang merah/ bawang besar3. 2 biji bawang Holland4. Cili padi (hijau dan merah)5. Cili merah besar6. 5 biji limau kesturi7. Belacan8. 7 helai daun limau purut9. 1 1/2 sudu besar garam10. 2 sudu besar gula11. 2 sudu besar air limau nipis12. 1 sudu besar cuka makanCara penyediaan1. Campur semua bahan mentah di dalam pengisar.2. Kemudian campur garam, gula, air limau, cuka makan.3. Tambahkan air mengikut kesesuaian, tidak perlu banyak. 4. Kisarkan kesemua bahan tadi, jangan terlalu hancur.