suria

Mudah dan sedap! Mak-mak kena cuba buat sate bebola ubi pelangi ini, si kecil mesti suka

Warna yang pelbagai menarik perhatian kanak-kanak untuk menikmatinya.

SETIAP ibu pasti berasa gembira apabila melihat anak gemar menikmati apa sahaja hidangan yang disediakan.

Namun memasak setiap hari membuatkan kebanyakan ibu buntu untuk menyediakan hidangan atau snek lazat buat anak-anak.

Bagi anda yang masih mencari-cari resipi mudah dan menarik untuk si kecil, bolehlah cuba menghasilkan sate bebola ubi pelangi dari Facebook Resepi Azlina Ina Terkini 2025.

Bukan sahaja tampak menyelerakan, anak pasti akan minta tambah.

Boleh juga dijadikan sumber pendapatan ya.

Bahan-bahan 

1 kilogram ubi kayu parut 

200 gram kelapa parut 

170 gram gula pasir 

50 gram tepung jagung 

1 paket agar-agar biasa 

1 sudu kecil garam 

½ sudu kecil serbuk vanila 

Pewarna makanan merah, kuning, hijau dan ungu mawar 

Setiap bebola yang dihasilkan perlu dikukus terlebih dahulu.

Setiap bebola yang dihasilkan perlu dikukus terlebih dahulu.

Topping 

100 gram kelapa parut 

½ sudu kecil garam 

Cara penyediaan

1. Sediakan 1 kilogram ubi kayu parut.

2. Perah ubi kayu dan buang airnya. 

3. Selepas memerah ubi kayu, pindahkan ke dalam bekas.

4. Masukkan gula pasir, kelapa parut, agar-agar, tepung jagung, vanila, dan garam kemudian gaul sebati. 

4. Bahagikan doh kepada empat bekas dan tambahkan pewarna pada setiap bekas.

5. Griskan pengukus dengan minyak.

6. Canai doh menjadi bebola mengikut saiz yang anda kehendaki.

7. Kemudian masukkan ke dalam pengukus dan tutup semua bahan. 

8. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana. 

9. Setelah masak, angkat dari api.

10. Kukus salutan iaitu 100 gram kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam selama 10 minit. 

11. Keluarkan dari haba.

12. Salutkan bebola ubi kayu yang telah dikukus dengan kelapa parut. 

13. Lidi bebola ubi kayu bersalut dengan lidi.

Artikel Lain