Arachuvitta Mutton Kuzhambu atau kari kambing berempah adalah resipi autentik dari India Selatan. -Foto FB Kesavan Supramaniam
APABILA tiba musim Deepavali, bukan saja rumah dihias cantik, malah dapur pun mula berbau aroma rempah ratus yang memikat selera.Antara hidangan istimewa yang boleh anda cuba sempena perayaan ini ialah Arachuvitta Mutton Kuzhambu iaitu kari kambing berempah yang dimasak dengan teknik tradisional dari India Selatan. Lain daripada kari biasa, resipi ini menggunakan rempah yang disangai sendiri, kemudian dikisar menjadi pes halus.ARTIKEL BERKAITAN: Penyediaan mudah, rasa padu! Mak-mak, geng bujang kena cuba masak ikan dori kukus haliaResipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook, Kesavan Supramaniam, yang memilih untuk tidak menggunakan serbuk rempah komersial, sebaliknya menghidupkan kembali cara masakan lama yang lebih autentik."Diberi nama ini sebab rempah ratusnya disangai dengan beberapa sudu minyak masak dan dikisar halus. Kemudian jadikan pes untuk dimasak bersama daging kambing."Tak guna serbuk rempah ready made... kari lebih harum jika dimasak dengan cara ini," katanya.Jika anda tercari-cari menu istimewa untuk disajikan sempena Deepavali, jom cuba sendiri Arachuvitta Mutton Kuzhambu ini.Bahan utama:Minima 500 gram daging kambingBahan rempah sangai untuk dikisar:2 sudu besar minyak masak1 keping kayu manis1 bunga lawang1–2 biji maratti moggu (Indian Capers)2 biji buah pelaga2 keping kalpasi (Stone Flower)Setengah sudu teh jintan manisSetengah sudu teh jintan putih3/4 sudu teh lada hitam3 sudu teh biji ketumbar10 tangkai cili kering10 tangkai cili kering Kashmir (untuk warna kari yang lebih menarik)Setengah biji kelapa parut (disangai hingga garing seperti rendang)- Sangai semua bahan rempah dengan minyak hingga naik bau, kemudian ketepikan. - Sangai kelapa parut secara berasingan. - Kisar semuanya hingga halus, jadikan pes.Cara-caranya:1. Panaskan 5 senduk minyak masak dalam kuali.2. Masukkan setengah sudu teh jintan manis, kemudian tumis 3 biji bawang besar (dihiris nipis), sedikit daun kari. Tumis hingga bawang keperangan.3. Masukkan 1 sudu teh pes halia, bawang putih, tumis sebentar.4. Tambah 5 biji tomato yang dipotong kecil, tumis hingga pecah minyak.5. Masukkan 1/4 sudu teh serbuk kunyit dan 1 sudu garam, kacau rata.6. Bila tomato dah empuk, masukkan daging kambing, kacau dan tumis seketika.7. Tambahkan pes rempah sangai tadi, kacau hingga sebati dan biar merenih.8. Masukkan air bilasan blender ikut kuantiti kuah yang dikehendaki.9. Tambah kentang jika suka, dan jika mahu, boleh juga masukkan buah murunggai (Moringa).10. Alihkan ke pressure cooker11. Apabila sudah masak, taburkan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma.