suria

Anak bongsu mahu sambung legasi Jay Jay, enggan dibayangi populariti arwah

ANAK bongsu penyanyi Allahyarham Jay Jay iaitu Nur Kamelia Fauzi memberitahu dia bakal menyambung legasi arwah bapanya itu dengan menjadi seorang penyanyi.

Berkongsi perkara itu, Nur Kamelia atau mesra panggilan Cammy, 29, namun berkata dia tidak mahu terus dibayangi oleh populariti arwah bapanya sebaliknya mahu dikenali dengan bakatnya sendiri.

“Saya sebelum ini memang menyanyi tapi tidak secara mainstream, lebih kepada underground cumanya sekarang ini ingin tampilkan kreativiti sebab ada genre muzik yang saya minati.

“Menyambung legasi tu mungkin ya tapi genre muzik kami berbeza, arwah yang banyak kenalkan saya kepada beberapa genre muzik yang bersesuaian dengan saya cuma buat masa ini lebih selesa dengan cara saya.

“Saya lebih suka kalau berdiri sendiri tanpa bayangan arwah bapa walaupun sebelum ini arwah banyak kali tawarkan untuk buat rakaman tapi selalu menolak,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Kamelia bakal beraksi dalam sebuah showcase tribute kepada arwah bapanya iaitu Malam Rindu Bayangan pada 11 Mei ini di Grand Barakah Hotel, Ampang, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi