suria

Baru 10 bulan tapi rasa macam dah 10 tahun kahwin, Sarah Suhairi tak sedar seronok bergelar isteri

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sarah Suhairi memberitahu kehidupannya kini tidak lagi seperti dahulu malah lebih teratur sejak bergelar isteri.

Berkongsi perkara itu, Sarah, 25, berkata dia bersyukur kerana suaminya Aswad Anuar sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap kerjaya seninya.

“Wau 10 bulan tapi macam 10 tahun kerana tak terasa sebab macam dah lama kahwin tapi baru lagi... rupanya sampai kawan-kawan pun tanya saya.

“Saya dapat suami yang baik sebab menyokong penuh saya dan paling penting sangat memahami kalau dulu mungkin dia pelik juga kenapa rama ambil gambar tapi sekarang dia sudah okay,” kata Sarah kepada mStar.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu belum ada perancangan untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat ini namun berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

“Sekarang ni Sarah masih belum merancang untuk ada anak lagi tapi kalau tuhan nak berikan rezeki zuriat saya tidak menolak,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi