HASIL perkahwinan bersama Datin Marcella pada Ogos 2023, pengarah Datuk Afdlin Shauki mendedahkan dia sudahpun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Afdlin, 54, menjelaskan dia tidak memaklumkan perkara tersebut kepada umum kerana mahu menjaga privasi anaknya yang diberi nama Inayah.
“Alhamdulillah setahun 10 bulan lepas, kami dikurniakan cahaya mata bernama Inayah. Kami bersyukur kerana dapat rezeki anak perempuan ini.
“Saya memang daripada dulu lagi saya jarang sebarkan mengenai keluarga sebab mereka mahukan privasi. Saya akan maklumkan kepada ramai bila anak saya ini berusia lebih dua tahun nanti,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI