suria

Nabila Huda terima takdir terpisah dengan bapa, rupanya dah lama tak jumpa Amy Search

HANTARAN video pelakon Nabila Huda berpelukan bersama bapanya iaitu Amy Search di halaman Threads mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Malah ada juga berasa sebak apabila membaca kapsyen dalam hantaran tersebut yang seolah-olah memberi bayangan mereka sudah lama tidak berjumpa kerana konflik keluarga. 

Menjawab mengenai perkara tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 41, menjelaskan, pertemuan tersebut sangat berharga baginya kerana kerinduan yang sudah lama terpendam akhirnya terubat. 

“Pertemuan itu membuatkan kerinduan saya terlerai terhadap bapa sebab memang sudah lama tidak berjumpa. Ia sangat seronok dan saya dapat salam dan minta maaf raya kepadanya. 

“Kalau nak cakap mengenai selesaikan masalah itu, saya pun tidak tahu. Saya hanya terima sahaja apa yang berlaku ini. Saya pun sudah penat dan terima apa sahaja yang berlaku. Ini cerita yang tidak ada penghujung,” katanya kepada mStar. 

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram di Dadi Cinema Pvillion, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan bermula 1 Mei itu turut dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Ellie Suriaty, Scha Alyahya dan ramai lagi. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi