suria

Nama kena petik serang Shila Amzah, Awie jelaskan tiada di lokasi kejadian... “Merangkaklah dekat akhirat”

PENYANYI Datuk Awie tampil menjawab dakwaan mengatakan dia merupakan individu yang menyerang Shila Amzah ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y pada Khamis. 

Terkejut apabila namanya dipetik, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 57, menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut malah menjelaskan dia langsung tidak pernah bercakap dengan penyanyi wanita itu. 

Tambah Awie, dia juga tiada di tempat kejadian selain tidak hadir untuk sesi latihan tersebut kerana mempunyai komitmen kerja lain. 

“Saya bercakap dengan Shila Amzah pun tidak pernah. Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Untuk apa saya nak menyerang dia (Shila)?

“Maaf ini semua salah faham, kenapa netizen petik netizen saya pun tak tahu. Konsert itu berlangsung esok dan sekarang ni saya berada di Finas untuk sesi lantikan watikah, jadi kenapa tuduh saya?

“Merangkak la cari saya di akhirat nanti, fitnah tu dosa besar jangan main sebut saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi