SUDAH lapan tahun bertapak dalam dunia lakonan, pelakon Adam Shadan mengakui terkilan apabila kewujudannya seakan tenggelam berbanding personaliti media sosial yang dianggap mudah untuk meraih populariti.
Bagaimanapun Adam atau Mohammad Shahaadan Che Seman, 34, menganggap perkara tersebut sebagai cabaran dan tidak akan berputus asa untuk mengukuhkan namanya dalam industri lakonan.
“Saya yang lahir daripada program pertandingan ini memang rasa agak mencabar apabila nak bersaing dengan personaliti media sosial yang kian mendapat sambutan berbanding pelakon.
“Artis dan personaliti media sosial memang berbeza. Imej saya agak tercalar imej jika kami ini disamakan sebab saya bersusah payah nak cipta nama (sebagai pelakon) berbanding mereka ini yang sekadar buat video di media sosial dan kemudian jadi terkenal.
“Kalau mereka (personaliti media sosial) sanggup masuk dan bergaul dengan kami, saya tak kisah untuk berkawan. Kita sama-sama saling membantu kerana semua ada kelebihan sendiri,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI