suria

Kes SPRM bapa tak beri kesan kepada Dafi, harap keadaan kembali seperti biasa

PENYANYI Dafi menegaskan dirinya tidak terkesan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, isu tersebut adalah berkaitan kerjaya bapanya dan tidak wajar dijadikan beban dalam kehidupannya selain berharap kes itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Kenapa saya perlu terkesan dengan kes tersebut? sebab itu merupakan isu kerja ayah saya. Sebagai anak, saya tidak mahulah ulas atau bercakap mengenai perkara itu. Sedangkan di rumah juga tidak bercakap soal kerja.

“Saya hanya beri sokongan sahaja kepada ayah dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, keadaan kembali seperti biasa. Secara jujur, situasi ini langsung tidak memberikan kesan kepada saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi