suria

Rakan industri kongsi berdepan perkara serupa, Shila Amzah tiada hasrat tarik laporan polis terhadap Amy Search

PENYANYI Shila Amzah mendedahkan ramai rakan artis dan individu belakang tabir tampil memberikan sokongan selepas dia berkongsi kisah diserang seorang legenda rock di Instagram.

Dakwa Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, ramai yang menghantar mesej mengakui pernah melalui pengalaman sama seperti yang berlaku terhadap dirinya.

“Sejurus kejadian ini berlaku, terlalu ramai mesej saya termasuklah rakan-rakan industri dan orang yang bekerja di belakang tabir. Mereka kata pernah mengalami perkara sama.

“Saya sangat kecewa. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan sesiapa sebelum ini. Sebagai anak seni, saya rasa perkara ini langsung tidak wajar,” katanya kepada mStar.

Jelas Shila, dia juga tidak berniat untuk menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Amy Search kerana bimbang akan keselamatan diri dan mentalnya.

“Saya buat laporan polis sebab nak jaga diri dan mental saya. Macam mana nak keluar rumah kalau rasa tak selamat? Saya juga buat untuk jaga dia (Amy) supaya tak berkelakuan luar batas lagi (kepada saya dan orang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, Shila mendedahkan dia diherdik oleh Amy ketika sesi latihan untuk sebuah konsert.

Polis sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan,, dan hasil siasatan mendapati tindakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana Shila didakwa mencampuri urusan keluarganya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi