suria

Adzrin Azhar tetap pendirian tak mahu sebut nama pelakon veteran, minta netizen henti buat tohmahan

PENYANYI dan guru vokal Adzrin Azhar menjelaskan dia tiada niat mahu memburukkan mana-mana individu susulan pendedahannya pernah dihina oleh seorang pelakon veteran.

Mengulas perkara itu, Adzrin atau Adzrin Noradzrin Azhar, 40, berkata kenyataan tersebut sekadar luahan perasaan dan pengalaman pernah dilalui sebelum ini.

“Apa yang saya luahkan di media sosial adalah luahan umum kepada semua soal kehidupan saya, saya tidak ‘hamak’ job, duit kerugian atau langgar kontrak ke apa semuanya tidak.

“Ada sebuah pertandingan nyanyian jadi saya sebagai guru vokal maka saya memberi pendapat terbaik untuk mewakili produksi untuk menaikkan rating… tapi bila saya berikan idea kemudian ditolak mentah dan dilabel tak faham seni, sedih bila diperlakukan sebegitu,” katanya.

Ditanya mengenai siapakah pelakon veteran terbabit, Adzrin bagaimanapun enggan berkongsi siapakah individu terbabit untuk menjaga kesejahteraan semua pihak.

“Allah tahu semuanya, saya serahkan pada Allah sebab tuhan memberi dan melingkupkan… saya tidak akan dedahkan siapa individu itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi