PELAKON Alya Iman memberitahu dia menghabiskan masanya di gimnasium untuk mendapatkan berat badan ideal.
Kata Alya, dia sudah berjaya menurunkan sebanyak tujuh kilogram (kg) selama tiga minggu dengan melakukan senaman selama dua jam sehari.
“Terasalah sikit bila orang kata kita gemuk, jadi saya nak kuruslah. Sebelum ini berat saya 70 kg, dan sekarang ini sudah 63 kg. Dalam seminggu itu empat hari saya pergi ke gim.
“Saya tidak baca komen di media sosial, tetapi kadang-kadang ada orang yang cakap sendiri dekat saya (tentang berat badan). Tapi, saya okay, terima sahaja. Kita pun tidak boleh lawan apa orang nak cakap. Itu juga motivasi untuk saya,” katanya kepada mStar.
Alya berkongsi perkara itu ketika jelajah negeri bagi Anugerah Melodi Terhangat yang bakal berlangsung pada 3 Ogos depan.
Bagi anugerah tersebut, Alya tercalon dalam dua kategori iaitu Selebriti Trending Terhangat dan Selebriti Newcomer Terhangat.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI