PELAWAK dan penyampai radio Chiwan Chilok tampil memohon maaf atas keterlanjuran semasa mengendalikan Suria Petang di Suria FM pada Isnin lalu.
Chiwan atau atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Sabri, 35, berkata wujud salah faham apabila dia mempersoalkan mengenai kerjaya suri rumah kepada seorang pemanggil wanita.
Gara-gara pertanyaannya itu, ada pendengar mendakwa Chiwan seolah-olah merendah-rendahkan wanita yang bergelar suri rumah.
Menurut Chiwan, dia tiada niat mahupun sengaja menjadikan perkara itu bahan jenaka sebaliknya memandang tinggi status suri rumah.
“Penulisan di thread tu sangat berbeza dengan apa yang saya cakap semasa siaran langsung di radio.
“Saya harap jangan salah faham sebab bila ada orang yang tak dengar segmen tu, mereka akan mengecam saya sedangkan saya cakap lain dan tulisnya di (Thread) lain, ini pun boleh jadi satu fitnah juga dengan kenyataan ditulis,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG MSTAR INI