SELEPAS 10 tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, akhirnya bekas penyampai radio Kieran meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang kembali bersiaran bersama radio Kool 101.
Menurut Kieran atau Maskiran Jakiran, 50, berkata walaupun agak sibuk dengan kerja namun dia perlu menjaga kesihatan dan tidak boleh terlalu penat memandangkan khuatir akan menjejaskan prestasi pada dirinya.
“Alhamdulilah keadaan saya makin baik berat badan pun bertambah tapi nak kata pulih sepenuhnya mungkin tidak, mungkin 65 peratus saja sebab kalau saya terlalu aktif sangat nanti akan sakit.
“Buat masa ini saya masih lagi menjalani rawatan di hospital sebanyak sekali dalam tempoh tiga bulan dan temu janji seterusnya pada bulan Ogos ini untuk imbasan CT.
“Saya cuba buat macam normal sebab kebelakangan ni agak sibuk kerja di radio Kool 101, tapi kalau aktif sangat dua hari berturut-turut mesti boleh rebah,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI