SUAMI kepada Shila Amzah iaitu Ubai terbuka untuk bertemu dengan legenda rock Datuk Amy Search bagi menyelesaikan kemelut yang tercetus antara isterinya dengan penyanyi berkenaan.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersemuka sekiranya pertemuan itu boleh membantu meredakan keadaan.
“Saya tiada maslalah untuk berjumpa (Amy Search) kalau perjumpaan tersebut akan dapat menyelesaikan perkara yang berlaku di antara mereka,” katanya kepada mStar.
Mengenai cadangan ramai meminta Shila mengupah pengawal peribadi, Ubai berkata perkara tersebut akan dipertimbangkan mengikut keadaan.
“Selain itu, ramai juga yang minta saya untuk pasang pengawal peribadi. Untuk saya, ia tengok kepada keadaan. Untuk sekarang, saya akan jaga isteri saya kalau tidak mempunyai kerja lain,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI