suria

Tidak seperti dijanjikan, Ezad Lazim kongsi pengalaman program umrah bersama Exists

PENYANYI Ezad Lazim meluahkan rasa kesal apabila program Umrah Langkah Seiringan Exists bersama peminat tidak berjalan dengan baik seperti dirancang pada 22 Januari hingga 2 Februari lalu.

Menurut Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 46, keadaan ketika itu agak kelam kabut dan segalanya tidak mengikut perancangan awal.

Malah, penginapan mereka juga jauh daripada Masjidil Haram selain terpaksa berpisah dengan anggota Exits dan jemaah lain.

“Umrah kali ini agak sedikit berbeza, aturcara dibuat seperti lawatan ziarah semuanya berjalan lancar tapi penerbangan waktu bertolak agak kelam kabut kerana kami dipisahkan dan tidak bertolak bersama.

“Bila tiba di Tanah Suci tapi hotel dijanjikan tak sama seperti dikatakan sebelum ini, kami dapat hotel jauh dan kena naik dua bas untuk ke Masjidil Haram… alasan diberikan sebab waktu kemuncak jadi sudah penuh.

“Ada anggota Exists lain terpaksa guna duit sendiri tempah hotel lain sebab nak duduk sekali dalam rombongan, saya juga terpaksa beli tiket balik sendiri sebab penganjur belum belikan tiket,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi