JIKA diberikan pilihan, personaliti media sosial Faris Azri lebih memilih untuk meneruskan kerjayanya sebagai usahawan berbanding menjadi seorang pelakon.
Kata Faris atau lebih dikenali sebagai Choii, 26, dia tidak memilih untuk mengejar populariti, sebaliknya lebih mementingkan kewangan untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
“Saya sebenarnya tiada masalah untuk teruskan dalam bidang lakonan tetapi kalau perkara itu tidak beri kesan kepada perniagaan saya.
“Saya tidak kejar gelaran artis ataupun populariti sebab setiap hari ada sahaja personaliti media sosial baru. Nama pun tidaklah akan terus relevan sepanjang zaman, jadi apa yang boleh kekalkan (kewagan) kita adalah dengan berniaga.
“Kalau popular pun tetapi tiada perancangan, diri sendiri yang rugi,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Choii merupakan salah seorang yang berlakon dan filem Impak Maksima 2 yang sudah ditayangkan sejak Khamis lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI