suria

Siti Elizad tak minta lebih, suami bawa bercuti hotel RM80 pun dah ‘happy’

KEMEWAHAN bukanlah kayu ukur kebahagiaan, pelakon Siti Elizad berkata dia mempunyai rahsia tersendiri dalam memastikan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun kekal utuh.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, dia sentiasa bersyukur dengan apa sahaja pemberian suaminya iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman.

Tidak memandang wang ringgit, Elizad memberitahu kebahagiaan sebenar apabila dia dapat meluangkan masa bersama suami.

“Saya dengan dia sejak awal berkahwin memang mula daripada bawah, jadi kenapa sekarang bila ada rezeki lebih, saya kena tukar karakter itu? Kenapa nak kena ubah diri jadi orang lain? Saya tidak akan iku cara orang dan saya ada cara tersendiri.

“Saya okay sahaja untuk duduk dimana-mana. Selepas kami ‘ride’, saya terima untuk duduk mana-mana hotel. Ada sahaja duduk di hotel RM80. Itu pun sudah buat saya bahagia, asalkan bersama suami saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi