MAHU menjadi seorang pelakon yang versatil dengan pelbagai watak, Sophia Albarakbah sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan karakternya dapat memuaskan hati penonton.
Kata Sophia, 32, dia juga baru selesai penggambaran yang memerlukan dirinya menjadi seorang wanita lebih ganas atau tomboi.
“Ya, ramai yang minta saya keluar daripada zon selesa. Dan baru-baru ini saya baru selesai penggambaran watak tomboi. Saya memang tidak pernah bawa watak seperti itu.
“Jadi, banyak kerja rumah yang saya kena buat iaitu belajar cara jalan, cakap dan sebagainya. Malah, saya juga potong rambut saya menjadi pendek. Saya tidak pernah berambut sependek ini sejak umur lima tahun. Itu pertama kali,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI