suria

Syukur tiada hutang, Black guna hasil nyanyian buat bisnes... Banyak cerita lucu sebelum jadi artis

VODCAST Kenot Brain kali ini membawakan seorang penyanyi yang sudah menapak di dalam industri sejak tahun 2009 iaitu Black Hanifah. 

Menerusi sembang podcast kali ini, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkongsikan asam garamnya untuk bergelar seorang penyanyi. 

Cerita Black, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas memenangi program realiti Mentor Musim ketiga dan mampu menjana pendapatan sebanyak RM100,000 sebulan hasil daripada nyanyian. 

Bagi menghargai kerjaya seni selama 17 tahun, Black bakal mengadakan sebuah konsert diberi nama ‘Exclusive Night Nyawa Black Hanifah yang bakal berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) pada 26 Julai ini.

Pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Black dalam episod podcast kali ini. 

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi