PELAWAK Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar di Kelantan pada Sabtu lalu.
Malah, selepas beberapa hari pertemuan itu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, diundang pula bertemu wakil Perdana Menteri iaitu Datuk Farhan Fauzi di Pejabat Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu membabitkan sebuah stesen televisyen.
“Alhamdulilah... atas izin Allah semua ini terjadi, saya agak terkejut sebab apa yang terjadi pada saya tapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar sedia maklum hal ini.
“Datuk Seri Anwar pun minta saya jangan stres dan suruh saya tenang-tenang saja… selepas pertemuan pertama itu nampaknya tidak berakhir disitu tapi saya dijemput untuk berjumpa dengan wakilnya iaitu Setiausaha Politik, Datuk Farhan bagi perbincangan lebih terperinci.
“Mengikut perbincangan dia (Datuk Farhan) berjanji untuk menyelesaikan perkara ini supaya tidak saman-menyaman,” katanya kepada mStar.
Mengakui emosi dan fikirannya agak terganggu, Amir bagaimanapun berharap duit bayarannya daripada stesen televisyen berkenaan dapat dilunaskan dengan kadar segera.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI