TINDAKAN berani seorang individu bernama Ariff mengagalkan kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit mendapat perhatian ramai.
Menurut Ariff,31, sewaktu kejadian dia singgah untuk membeli barang dan bertindak pantas dengan menjerit meminta pertolongan selepas melihat pergelutan melibatkan seorang mangsa dan dua orang suspek.
Difahamkan kejadian samun tersebut berlaku sekitar pukul 5 pagi di sebuah lokasi di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 12 Ogos lalu.
“Waktu tu saya pergi kedai runcit untuk beli makanan. Saya sempat berbual dengan pekerja kedai itu dan kemudian ada dua orang datang.
“Pada mulanya saya ingatkan polis sebab mereka minta kad pengenalan kemudian dia acukan pisau dan minta duit, jadi saya perlahan-lahan undur belakang dan jerit minta tolong.
“Tapi lepas saya jerit tu mereka (perompak) lari dan saya datang balik ke kedai itu sambil berborak hingga jam 6 pagi ada sebuah kereta datang macam mencurigakan… sekarang ni saya dah pergi balai polis untuk buat laporan dan jadi saksi kejadian,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.