ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbau penglibatan karier penyanyi Amir Ukays sewaktu diawal pembabitannya sekitar tahun 1989.
Memulakan karier nyanyian bersama kumpulan Analisa selama dua tahun, Amir kemudian memilih bergerak sebagai vokalis kumpulan Ukays pada tahun 1991.
Sepanjang tempoh lebih 35 tahun bergelar anak seni, Amir memberitahu dia melalui pelbagai rintangan dan cabaran.
Malah dia pernah diuji terlibat kemalangan jalan raya sekitar tahun 2000 sehingga mengakibatkan keretakan pada rahang muka.
“Saya minta menyanyi daripada zaman sekolah lagi, waktu tu saya selalu buat persembahan dan bila sudah besar selalu juga nyanyi di tempat kerja di sebuah kilang.
“Perjalanan saya jadi artis susah sebab saya bukannya daripada keluarga berada, terpaksa pinjam motor abang ipar untuk pergi ke studio dan bila dapat tahu Saari Amri mencari penyanyi, jadi masa itulah saya mencuba nasib untuk datang uji bakatnya.
“Pada tahun 2000, saya mengalami kemalangan jalan raya sewaktu menghala ke Johor bagi membuat persembahan nyanyian, saya minta kawan pandu kereta tu sebab saya nak tidur kerana mengantuk, kemudian bila saya sedar saja sudah terbaring tepi jalan dan pipi kiri sudah dibalut dan doktor cakap rahang retak,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































