suria

Berat hukuman individu curang... Sebar aib, jatuhkan maruah 'orang ketiga' pun dosa besar di sisi Islam

Zina merupakan salah satu dosa besar yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis. -Gambar hiasan

SATU persatu kisah kecurangan dalam rumah tangga tular di media sosial minggu ini.

Lebih memalukan, hubungan terlarang yang terjalin sudah menjurus kepada perlakuan zina, seolah-olah mencabar hukum Allah dan mempermainkan syariat Islam yang jelas melarang perbuatan keji tersebut.

Zina merupakan salah satu dosa besar yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis.

ARTIKEL BERKAITAN: Haram tindik hidung! Reda suami tak ‘valid’, PU Syed ingatkan kewajipan patuh larangan Islam 

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Isra', ayat 32 yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

Menerusi satu video di laman sosial, pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun juga tampil memberi peringatan mengenai hukum curang yang kini semakin dipandang remeh oleh sesetengah individu.

"Curang hukumnya adalah haram. Bahkan ada hadis Nabi (Muhammad) SAW, Nabi bersabda maksudnya, 'Siapa saja menipu (berbuat curang) maka dia bukan dari golonganku' (HR Muslim).

"Mereka yang mengganggu, meruntuhkan hubungan suami isteri. Sebab itu hukum menjadi orang ketiga, sama ada dia isteri orang ke, suami orang ke, bujang ke… dia mula buat hubungan yang terlarang dengan suami orang atau isteri orang, hukumnya adalah berdosa besar, hukumnya adalah haram.

"Selama mana mereka berhubung, dicatat sebagai dosa," kata beliau. 

Kebanyakan kes penceraian berpunca daripada isu kecurangan. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, meskipun curang itu perbuatan dosa besar dalam Islam, namun membuka aib orang lain secara terbuka seperti menyebar gambar juga merupakan dosa yang besar dan tidak boleh dipandang ringan.

Pendakwah Ustaz Ahmad Fahmi Azalee berkata, dalam isu kecurangan, tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua pihak perlu dipertanggungjawabkan, namun Islam turut melarang umatnya menyebar aib. 

"Kecurangan adalah dosa besar, tetapi membuka aib orang, menyebar gambar tanpa izin, dan memfitnah juga dosa yang tidak kurang beratnya.

"Ramai yang ghairah menjadi 'pendakwa awam' tanpa ilmu dan takut kepada Allah. Mereka menghukum, mengaibkan, dan menjatuhkan maruah orang hanya berdasarkan maklumat samar tanpa bukti.

"Kamu bukan hakim, bukan saksi, hanya manusia biasa yang leka dengan dunia maya. Lidahmu jadi senjata yang tajam, menebar fitnah tanpa tanggungjawab.

"Kamu marah dosa orang lain, tapi lupa dosa lidah dan tangan sendiri," tulisnya.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia