suria

Jaga aib, perhati kecacatan... Tak sah ibadah korban jika haiwan disembelih ada 9 ciri ini

Ramai yang terlepas pandang mengenai ciri haiwan yang sah dibuat korban. -Gambar hiasan

KURANG seminggu sahaja lagi, umat Islam di seluruh negara akan meraikan Hari Raya Aidiladha.

Pasti ramai dalam kalangan kita yang mengambil bahagian melaksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah, seterusnya berkongsi kesyukuran itu dengan mereka yang memerlukan.

Selain memahami tentang syarat, rukun serta pembahagian daging korban, kita juga wajib memastikan haiwan yang bakal dijadikan korban mematuhi syarat-syaratnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin 'masuk korban' terkedu MUA cukur bulu roma pada wajah, ini pantang larang peserta perlu tahu

Memetik perkongsian di laman Facebook Ustaz Azhar Idrus, haiwan yang hendak dijadikan sebagai korban disyaratkan tidak mempunyai aib atau kecacatan.

"Jika seorang berkorban dengan haiwan yang ada padanya aib maka tidak sahnya korbannya itu kerana berkorban dengan haiwan yang tidak diharuskan," tulisnya.

Ia selaras dengan sabda Rasulullah, maksudnya, 'Empat perkara yang tidak diharuskan pada haiwan korban iaitu haiwan yang buta matanya dan jelas butanya dan haiwan yang sakit dan jelas sakitnya dan haiwan yang tempang dan jelas tempangnya dan haiwan yang kurus dan tidak berdaging', (Hadis riwayat Abu Daud).

Ibadah korban sangat dituntut bagi umat Islam yang mampu dari segi kewangan. -Gambar hiasan

Terdapat beberapa jenis lagi haiwan yang dikategorikan tidak sah dijadikan sebagai korban iaitu:

1 - Haiwan sakit gila.

2 - Haiwan yang terpotong kakinya atau putus tangannya.

3 - Haiwan yang pengsan dengan sebab terjatuh misalnya maka tidak sah dibuat korban kerana disamakan hukumnya dengan sedang sakit. Tetapi setelah ia sedar dari pengsan maka sah dibuat korban kerana telah sihat.

4 - Haiwan yang hilang sebahagian daging pada badannya.

5 - Haiwan yang tidak boleh berjalan.

6 - Haiwan yang sedang bunting.

7 - Haiwan yang putus ekornya.

8 - Haiwan yang patah kakinya.

9 - Haiwan yang putus telinganya tetapi jika terkoyak telinganya, masih boleh dibuat korban kerana tidak hilang dagingnya.

Haiwan yang dikategorikan masih sah dibuat korban:

- Haiwan yang dibuat lubang sedikit pada telinganya kerana meletak tanda tetapi jika lubang yang dibuat adalah besar maka tidak harus kerana hilang banyak dagingnya.

- Haiwan yang tercalar luka kecil atau seumpamanya yang tidak menghilangkan daging dan tidak kelihatan sebagai cacat.

- Haiwan yang gugur sebahagian gigi tetapi dapat makan seperti haiwan lain yang bergigi.

- Haiwan betina sekalipun yang afdal ialah haiwan jantan.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia