suria

Berteduh daripada sinar matahari ada adabnya... Jangan sampai ikut cara syaitan, jejas kesihatan

Ada cara berteduh yang dilarang menurut Rasulullah. -Gambar hiasan AI

NABI Muhammad SAW melarang umatnya duduk dalam keadaan separuh tubuh berada di tempat teduh dan sebahagian lainnya terkena cahaya atau panas matahari.

Larangan ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW tentang duduk di antara tempat tidak terkena sinar matahari dan bahagian yang disinari terik sang suria.

"Rasulullah SAW melarang duduk di antara (tempat yang) panas (yang tidak ada naungannya) dan (tempat yang) dingin (yang ada naungannya), dan baginda bersabda, (Itu adalah) tempat duduknya syaitan," (HR Ahmad)

Terdapat dua alasan mengapa amalan ini dilarang sebagaimana disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Alasan pertama menurut Syekh Salamah adalah perbuatan ini menyerupai syaitan. 

Hal ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

Maksudnya: "Jika salah seorang di antara kalian berada di tengah sinar matahari, kemudian menghilang bayangan dirinya, dan sebagian (tubuh) menjadi teduh dan sebahagian (tubuh) terkena matahari maka bangunlah kerana itu adalah tempat duduk syaitan."

Alasan kedua, perbuatan tersebut boleh membawa bahaya kepada kesihatan manusia. 

Tubuh manusia yang mengalami dua keadaan suhu secara serentak (sebahagian terkena panas dan sebahagian terkena dingin) boleh menjejaskan sistem saraf.

Keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dan berisiko menyebabkan lumpuh.

Artikel Lain