suria

Artis berhijab tapi pakai kuku palsu panjang aneka warna, ini penjelasan Pejabat Mufti W.Persekutuan

Kuku palsu antara aksesori yang digemari ramai wanita. -Gambar hiasan

PENAMPILAN segelintir artis yang berhijab tetapi memakai kuku palsu panjang dengan aneka warna atau fake nails menimbulkan perbincangan di media sosial.

Seorang pengguna Threads berpendapat trend itu memberi imej buruk kepada agama yang menekankan nilai sopan dan bersih.

Jelasnya, budaya berkenaan harus dihentikan segera bagi menjaga imej agama Islam.

"Penampilan artis berhijab dengan kuku palsu panjang ni harus dihentikan.

"Ini bukan melengkapkan gaya tetapi hanya membawa imej buruk kepada agama kita sendiri yang menerapkan imej sopan dan bersih. Walaupun sekadar untuk show sahaja," katanya.

Kuku palsu hanya dibenarkan untuk tujuan rawatan. -Gambar hiasanKuku palsu hanya dibenarkan untuk tujuan rawatan. -Gambar hiasan

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi garis panduan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa pemakaian kuku palsu hanya diharuskan jika ada keperluan mendesak, seperti melindungi kuku yang tercabut atau untuk tujuan rawatan.

Sebaliknya, jika digunakan semata-mata untuk kecantikan tambahan tanpa keperluan lain, ia tidak dibenarkan kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah , selain mengandungi unsur penipuan dan pembaziran.

Bagi tujuan rawatan, pemakaiannya perlu mematuhi beberapa syarat, antaranya tidak menghalang air sampai ke kulit ketika mengambil wuduk atau mandi wajib.

Selain itu, ia mesti diperbuat menggunakan bahan yang suci dan halal serta tidak terlalu menyerlah atau melampaui bentuk kuku asal dengan bahan yang digunakan juga mestilah selamat dan baik untuk digunakan.

 

Artikel Lain

Keanu Reeves dah kahwin!