suria

Orang lelaki tak boleh berlengeng luar rumah... Rupanya boleh jatuh dosa jika sengaja naikkan syahwat wanita!

Lelaki perlu menjaga adab perpakaian walaupun aurat mereka dari menutupi pusat hingga melebihi bawah paras lutut. -Gambar hiasan

UMAT Islam diingatkan agar menjaga adab berpakaian khususnya ketika berada di luar rumah.

Walaupun wanita sering kali dikaitkan dengan isu adab berpakaian dan aurat, golongan lelaki juga tidak terkecuali.

Pendakwa bebas, Ustaz Wadi Annuar menegaskan, lelaki yang melakukan kerja tanpa berbaju sehingga tubuhnya dilihat wanita bukan mahram dan menimbulkan syahwat adalah satu perbuatan berdosa.

"Ingatkan juga kepada ayah, abang, adik lelaki atau kawan-kawan supaya tidak melepaskan baju di luar rumah sama ada waktu membasuh kereta, bersukan, membuang sampah dan sebagainya.

"Berdosa lelaki yang menayangkan tubuh sehingga menaikkan syahwat wanita," katanya menerusi Facebook. 

Adab perpakaian bukan hanya terarah kepada golongan wanita semata-mata.- Gambar hiasan

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan, di dalam Islam pakaian yang terlalu menarik perhatian lebih-lebih lagi yang menampakkan bentuk tubuh badan adalah tidak dibenarkan.

"Justeru, apatah lagi baju yang menampakkan tubuh badan, mungkin orang lelaki dengan orang lelaki tidak berasa apa-apa tetapi dengan wanita jadi lain, yang membawa kepada syahwat dan ghairah.

"Sekali pun, ada yang boleh menjawab... saya pakai seluar sempurna menutup aurat, daripada pusat ke lutut.

"Namun, sesuatu perkara yang membawa kepada haram boleh juga jatuh kepada haram," katanya.

Menurutnya lagi, kaedah menyatakan... perkara yang membawa kepada perkara yang haram, juga haram hukumnya

"Justeru, pakailah pakaian taqwa seperti nas di atas yang mematuhi syarak," katanya.

Artikel Lain

Keanu Reeves dah kahwin!