suria

Kulit alat sulit jadi keras, tebal... Doktor perjelas punca kesakitan semasa ereksi dan cara rawatan

Lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan 'dalaman' sekiranya sering bertukar pasangan seksual. -Gambar hiasan

ALAT sulit adalah organ reproduksi yang penting sama ada bagi lelaki mahupun wanita.

Justeru, penjagaan rapi diperlukan bagi mengelakkan ia terkena jangkitan kuman seterusnya mengganggu ruitn harian seseorang secara amnya dan aktiviti seksual secara khususnya.

Menerusi hantaran di TikTok, pegawai perubatan di Poliklinik Walid di Ampang, Dr Fareez berkongsi salah satu masalah kesihatan lelaki yang sering berlaku pada masa ini.

Menurutnya, 'balanoposthitis' atau masalah kulit tebal dan keras pada hujung alat sulit lelaki berlaku atas beberapa faktor termasuk kerap bertukar-tukar pasangan.

"Ada juga yang berpunca daripada kurang penjagaan kebersihan dan masalah penyakit kronik yang menyebabkan aliran darah kurang lancar.

"Selalunya ia berlaku pada lebihan kulit terutama lelaki yang tidak berkhatan," jelasnya.

Beliau yang popular dengan gelaran Dr Walid turut menyatakan, kulit keras pada alat sulit kebiasaannya berlaku dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas berlakunya jangkitan kuman.

Malah katanya, pesakit cenderung mengetahui simptom awal yang berlaku tetapi memilih untuk 'merawatnya' sendiri.

"Biasanya tiga hingga enam bulan berlakulah kulit keras pada hujung kemaluan pesakit. 

Organ alat sulit perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku. -Gambar hiasan

Organ alat sulit perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku. -Gambar hiasan

"Ia terjadi apabila mereka menghindari rawatan selepas mengetahuinya, ada yang hanya membeli krim di farmasi sebagai langkah merawat.

"Ekoran itu, sekiranya tidak mendapatkan rawatan secara spesifik, ia menjadi lebih berisiko.

"Malah, ia berkemungkinan boleh menjangkiti pasangan sekiranya penyakit tersebut tergolong dalam radang kulit yang kronik," tambahnya lagi.

Menurutnya, terdapat dua kaedah rawatan bagi mengatasi masalah tersebut.

1. Jika jangkitan di fasa awal

Bagi pesakit yang baru dijangkiti atau mengalami masalah ini, mereka akan diberikan antibiotik secara suntikan dan ubat surut bengkak.

Pada masa sama, pesakit akan dinasihatkan supaya mengubah gaya hidup kerana kebanyakan kes melibatkan mereka yang kerap bertukar pasangan seksual.

2. Pembedahan kecil dilakukan jika telah kronik

Situasi menjadi kronik apabila hujung kulit menjadi keras dan tebal.

Ia akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan semasa melakukan hubungan seksual kerana kulit penis tidak lagi fleksibel yang membolehkannya meregang dan mengendur semasa ereksi penuh.

Oleh itu, membuang bahagian hujung kulit perlu dilakukan bagi meredakan keradangan yang berlaku.

Tambahan pula, lelaki yang berusia cenderung mempunyai lebihan kulit (kulit layut) sekiranya mereka tidak berkhatan sehingga menutupi kemaluan.

Artikel Lain