suria

Hentikan petua tabur serbuk kunyit di tempat luka... Bukan jadi antiseptik tapi makin sakit!

Segelintir individu menggunakan petua serbuk kunyit untuk menyembuhkan luka. -Gambar hiasan

MASYARAKAT di Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai petua yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

Selain petua masakan dan rumah tangga, petua menyembuhkan penyakit juga menjadi ikutan ramai di negara ini.

Antara petua yang sering kita dengar adalah meletakkan serbuk kunyit di bahagian tubuh yang luka.

Bagaimanapun, seorang doktor tampil di aplikasi TikTok dan berkongsi tentang bahaya amalan petua itu.

Menurut Dr Hadi Kamal, kehadiran serbuk itu akan menjadi benda asing dalam badan, sekali gus menyukarkan proses untuk merawat luka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak saran pati haruan, gamat... Wanita bersalin czer kongsi pengalaman berpantang, luka cepat sembuh

"Kalau ada luka berdarah, jangan letak apa-apa serbuk sama ada kopi atau kunyit, tutup dengan kain dan tekan bagi pendarahan berhenti.

"Apa-apa serbuk akan jadi benda asing dalam badan. Tak boleh jahit selagi ia ada. Akhirnya kita kena cuci atau korek bagi 100 peratus bersih dulu dan kena cuci lama. 

"Sakit ya! Tu pun masih ada risiko jangkitan kuman," tulisnya dalam perkongsian ringkas di TikTok.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, Dr Hadi berkata air atau ais bersih pula boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan luka.

Artikel Lain