suria

Bukan tak nak ajar, diri sendiri pun tak pandai! Ini cara mudah mak ayah bantu anak kuasai Matematik

Matematik dianggap subjek susah dan tidak digemari ramai pelajar. -Gambar hiasan

RAMAI kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk memahami dan menguasai subjek Matematik.

Ibu bapa pastinya risau melihat keadaan itu, namun kebanyakan mereka juga bagai tak berdaya untuk membantu kerana diri sendiri juga tidak mahir.

Sebenarnya, ada tiga langkah mudah yang boleh diambil untuk membantu anak mengatasi masalah Matematik tanpa tekanan,  dengan cara yang lebih berkesan.

1. Cari keseronokan Matematik

Bagi sesetengah kanak-kanak, perubahan cara pandang sahaja sudah cukup untuk mengubah Matematik daripada subjek yang ditakuti kepada sesuatu yang digemari. 

Kaedah tradisional seperti menulis di atas kertas tidak semestinya berkesan untuk semua, justeru kreativiti perlu digunakan.

Sebagai contoh, cuba perkenalkan semula Matematik kepada anak melalui pendekatan berbentuk permainan. 

Boleh jadi dalam bentuk soalan berbentuk cerita, buku Matematik interaktif, aplikasi digital, permainan video dan macam-macam lagi.

Blanketed by haze.A boy looking out the window of MRT. P.Nathan/The Star

Bukan sekadar mengira di atas buku latihan, Matematik perlu diterapkan dalam kehidupan seharian. -Gambar hiasan

2. Guna dalam kehidupan seharian

Matematik sebenarnya wujud di sekeliling kita dan digunakan dalam kehidupan seharian. Tapi adakah anak anda menyedarinya? 

Libatkan Matematik dalam rutin harian supaya mereka dapat faham dan hargai betapa pentingnya ilmu ini.

Contohnya, ajak anak terlibat dalam aktiviti seperti membeli-belah, memasak atau berkebun! 

Semua aktiviti ini menggunakan nombor, fakta dan konsep yang boleh bantu mereka lebih faham dan minat terhadap Matematik.

3. Latihan setiap hari

Sekilas pandang, tip ini mungkin nampak semudah duduk di sebelah anak ketika mereka siapkan kerja rumah.

Namun hakikatnya, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak membawa banyak manfaat.

Menurut penulis dan pakar psikologi perkembangan Rebecca Fraser-Thill, penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan pencapaian akademik, kemahiran sosial dan juga keyakinan diri anak.

Jadi, ibu bapa disaran agar memperuntukkan masa sekitar 10 minit setiap malam untuk ulangkaji atau latihan Matematik bersama anak.

Ia boleh membantu mengukuhkan pemahaman mereka terhadap apa yang dipelajari di sekolah. 

 

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia