suria

Cara jilat, gigit aiskrim gambarkan personaliti seseorang - Kajian

Cara seseorang makan aiskrim dikatakan boleh menujukkan sikap sebenar mereka. -Gambar hiasan

ADAKAH anda jenis yang menjilat, menggigit, atau menikmati aiskrim dengan perlahan?

Pakar percaya cara seseorang makan aiskrim boleh mendedahkan banyak perkara tentang personaliti mereka.

Kajian itu dibuat oleh Nuii Ice Cream, melibatkan 2,000 individu.

Ahli psikologi tingkah laku, Jo Hemmings berpendapat mereka yang terus menggigit aiskrim biasanya berani, yakin diri dan tidak gentar dengan risiko.

Tambah Jo, mereka yang lebih suka menjilat aiskrim pula adalah jenis teliti dan santai, menunjukkan kesabaran dan tahu cara menghargai setiap saat. 

Golongan ini juga disifatkan sebagai orang yang sangat romantis.

Bagi mereka yang suka makan perlahan-lahan dan mengambil masa menikmati aiskrim, Jo menggambarkan mereka sebagai berhati-hati, lembut dan berfikir sebelum bertindak, namun mungkin juga bersifat agak mengawal.

Bukan hanya kanak-kanak, aiskrim turut digemari orang dewasa. -Gambar hiasan

Antara lain, Jo berkata mereka yang makan aiskrim dengan cepat adalah jenis yang bertenaga tinggi, impulsif, bersemangat dan tidak sabar.

"Mereka mungkin resah dan mudah gelisah, dan makan laju adalah satu bentuk cara menenangkan diri," ujarnya.

Sebaliknya, mereka yang makan perlahan-lahan pula adalah individu yang sangat berniat jelas dan sabar. 

Ini kerana mereka fokus pada keseluruhan pengalaman makan aiskrim untuk menikmati tekstur, rasa, bau serta rasanya yang sejuk dan menenangkan.

 

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia