suria

Gangguan aneh ketika tidur, tiba-tiba ada bunyi letupan dalam kepala... Ketahui punca, simptom EHS

Bunyi letupan dalam kepala sudah pasti mengganggu tidur seseorang. -Gambar hiasan

SINDROM kepala meledak (EHS) merupakan gangguan tidur yang menyebabkan anda mendengar bunyi kuat atau dentuman seperti letupan di dalam kepala.

Menurut laman sesawang Cleveland Clinic, pakar kesihatan juga merujuknya sebagai kejutan sensori kranial episodik (episodic cranial sensory shocks).

EHS dikategorikan sebagai sejenis parasomnia.

Bunyi itu tidak benar-benar wujud dan tidak didengari oleh orang lain, namun ia tetap boleh menjadi gangguan yang menakutkan.

Punca

Pakar masih belum pasti punca sebenar sindrom ini. Kajian masih dijalankan, tetapi antara teori yang dikemukakan termasuklah:

1. Aktiviti elektrik secara tiba-tiba dan tidak dijangka dalam bahagian otak yang memproses deria (neuron sensori).

2. Kerosakan atau masalah pada telinga dalam.

3. Sawan kecil dan pantas yang berlaku di lobus temporal otak.

4. Otak secara tidak sengaja “membangunkan” anda dalam fasa tidur yang sepatutnya tidak terganggu (transisi tidur-terjaga yang tidak normal).

Sleep tracking, monitoring sleep duration and quality can contribute to a holistic view of one’s health.

Setiap individu perlu mendapatkan tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang hilang. -Gambar hiasan

Simptom

Simptom paling ketara ialah bunyi kuat yang kedengaran seperti:

1. Letupan

2. Tembakan senjata api

3. Guruh atau ribut

4. Bunyi alat muzik seperti simbal atau dram

5. Kaca pecah

6. Dentuman kuat seperti kemalangan jalan raya

Walaupun bunyi itu kedengaran sangat nyata, ia sebenarnya tidak berpunca daripada gelombang bunyi sebenar. 

Malah, ia juga tidak akan merosakkan telinga atau menyebabkan kesakitan fizikal.

Dari segi rawatan, beberapa ujian boleh dilakukan ke atas penghidap EHS.

Mereka juga mungkin akan dirujuk kepada pakar tidur.

Tiada rawatan khusus untuk EHS, tetapi doktor boleh membantu menguruskan simptom sampingan seperti stres, kebimbangan, atau gangguan tidur agar keadaan tidak menjadi lebih teruk.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia