suria

10 tahun tak pernah tukar... Betul ke tilam jadi makin berat sebab hama, bakteria bersarang?

Tilam lama menyimpan banyak kotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. -Gambar hiasan

WUJUD teori yang mengatakan berat tilam akan meningkat dua kali ganda selepas 10 tahun ia digunakan.

Peningkatan berat ini dikatakan berlaku akibat pengumpulan hama, sel kulit mati, habuk, peluh dan pelbagai bendasing yang tidak menyenangkan.

Namun, adakah kenyataan ini benar? 

Menurut laman sesawang Mattress World Northwest, sebenarnya tiada kajian saintifik yang mendalam mengenai isu ini.

Sebaliknya, ada yang percaya teori ini diwujudkan untuk menekankan kepentingan menjaga kebersihan tempat tidur.

Apa yang 'bersarang' di atas permukaan tilam?

Tilam lama boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan alergen.

Tilam juga boleh mengumpul bulu haiwan peliharaan yang dibiarkan bebas di dalam rumah.

Selain itu, kulat boleh terbentuk pada tilam jika ia berada dalam persekitaran yang lembab atau basah.

Jadi, menjaga tilam agar ia sentiasa kering dan bersih amat penting untuk membantu anda tidur lena dan bernafas dengan lebih baik, terutamanya bagi penghidap asma, alahan atau masalah pernafasan lain.

Tilam anda juga boleh diibaratkan seperti span yang menyerap dan mengumpul ‘segala-galanya’ dari masa ke semasa.

Antaranya, hama yang amat sukakan tilam lama kerana ia menjadi sumber makanan yang berterusan.

Menariknya, hama tidak boleh minum air secara langsung, jadi ia menyerap kelembapan dari udara untuk terus hidup. 

Atas sebab itu juga hama suka kawasan yang lembap serta berpeluh dan biasanya tidak dapat bertahan jika kelembapan relatif berada di bawah paras 50 peratus.

 

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia