SAMBAL telur yang dihidang bersama nasi panas dianggap sebagai satu menu 'comfort' yang agak mudah untuk disediakan.
Kebiasaannya, telur akan direbus terlebih dahulu sebelum ia digoreng sehingga garing di bahagian luar.
Kemudiannya, barulah kita akan menumis sambalnya sebelum telur dimasukkan dan siap untuk dihidangkan.
Namun jika salah cara, anda mungkin akan berdepan masalah telur rebus yang meletup ketika menghasilkan menu itu.
Mencucuk garfu pada telur dikatakan boleh menghalang ia meletup ketika digoreng.
Menurut seorang individu dikenali sebagai Kak Mod, dia menggunakan satu cara sahaja untuk mengatasi masalah berkenaan.
"Mungkin ada yang belum tahu cara nak goreng telur rebus tanpa ia meletup dalam kuali. Tip ini arwah mak Kak Mod yang ajar.
"Anda cucuk je keliling telur rebus tu dengan garfu di bahagian atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Lepas tu goreng. Tak payah letak garam kunyit.
"Hasilnya, telur rebus goreng anda masak elok, tak meletup dan tak pecah," kongsi wanita itu lagi.