suria

Baru tahu rupanya sperma ada jangka hayat, tak boleh ‘simpan’ lama… Ini panduan untuk suami ikhtiar dapat zuriat

Tahap kesuburan lelaki bergantung pada gaya kehidupan seseorang. -Gambar hiasan AI

USAHA mendapatkan zuriat bukan sekadar bergantung kepada kesihatan wanita semata-mata.

Kaum lelaki juga memainkan peranan penting, terutamanya daripada segi kualiti sperma.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa sperma juga mempunyai jangka hayat tersendiri. 

Jika terlalu lama tidak dikeluarkan, ia boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan lelaki.

Menurut kajian meta-analisis dibuat Lo Giudice et al., amalan menahan ejakulasi terlalu lama boleh meningkatkan risiko kerosakan DNA sperma, atau dikenali sebagai DNA fragmentation

Sperma yang tersimpan terlalu lama dalam tubuh mudah terdedah kepada radikal bebas dan suhu panas, sekali gus menjejaskan kualitinya.

Beberapa usaha boleh dilakukan bagi seorang lelaki untuk mendapat anak. -Gambar hiasan AI

Akibatnya, ia boleh menyukarkan proses kehamilan, meningkatkan risiko embrio tidak berkembang atau berlakunya keguguran (pada peringkat awal).

Berikut enam tip yang disarankan pakar untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan menurut Public Health Malaysia.

1. Elakkan pemakaian seluar dalam atau seluar panjang yang terlalu ketat.

2. Jangan letakkan komputer riba atau laptop di atas paha dalam tempoh yang lama.

3. Amalkan kekerapan ejakulasi secara sihat (idealnya antara setiap dua hingga empat hari).

4. Berhenti merokok dan elakkan penggunaan vape (rokok elektronik).

5. Kekalkan gaya hidup sihat dengan aktif bersukan serta kawal tekanan harian.

6. Jangan duduk terlalu lama tanpa bergerak.

Kesedaran mengenai penjagaan kesihatan reproduktif lelaki masih rendah dalam kalangan masyarakat.

Maka, langkah-langkah kecil seperti ini boleh memberi impak besar dalam usaha untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi bersama pasangan yang sah.

Artikel Lain