suria

Jangan halang hobi suami, nampak remeh tapi bermakna… Rupanya boleh elak tekanan mental, gangguan emosi

Kebanyakan lelaki jadikan aktiviti memancing sebagai hobi. -Gambar hiasan AI

MUNGKIN ramai beranggapan hobi lelaki seperi mengumpul Lego, memancing atau main permainan lama hanya sekadar aktiviti suka-suka.

Tapi hakikatnya, ia lebih daripada itu kerana hobi sebenarnya memberi ruang untuk mereka tenang dan 'pulih' dalam diam.

Itulah yang cuba disampaikan oleh Public Health Malaysia menerusi satu perkongsian di media sosial.

Hobi bukan sekadar hiburan sebaliknya ia menjadi ruang peribadi yang membantu lelaki kembali seimbang, di sebalik pelbagai peranan yang digalas sebagai suami, ayah dan pekerja.

Tanpa hobi, lelaki lebih berisiko hadapi tekanan mental dan antara kesan mungkin timbul adalah seperti: 

1. Mudah rasa kosong dan keletihan emosi.

2. Emosi jadi tidak stabil dan mudah meledak.

3. Hilang rasa 'diri' atau identiti.

4. Risiko kemurungan meningkat.

5. Cenderung cari pelarian (aktiviti) yang tidak sihat.

Manfaat hobi yang mungkin ramai tidak sedar:

1. Meredakan stres yang sukar diluahkan.

2. Mengasah sifat sabar dan fokus.

3. Menghindar rasa kosong dan hilang arah.

4. Elak terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

5. Menghidupkan kembali semangat dan keceriaan.

Bagaimanapun di ruangan komen pada posting tersebut, orang ramai memberikan pandangan mereka tentang hobi.

"Nasihat saya kepada lelaki yang sedang mencari hobi... jangan memancing. Tiada jalan keluar guys.

"Boleh ada hobi, tak ada masalah tapi jangan sampai membazir, berhabis duit dan masa dekat hobi sampai utamakan hobi daripada anak-anak dan bini.

"Selagi tak melibatkan arak, judi, betina, dadah... saya okey je. Adil dan saksama. Perempuan pun ada hobi masing-masing," kongsi beberapa netizen.

Artikel Lain